Bulan  puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan  seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang  mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru  dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini,  tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan  gereja kristian lagi.
Sebuah gereja, Methodist Church di  Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan  beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam  Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja  tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis  digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka  untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen  Jenayah Syariah Selangor 1995.
Tindakan pihak JAIS ini telah  diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis  disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan  digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah  berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu.  Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat,  dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin  termasuk yang Islam.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor,  merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali  mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada  maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam  kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.
Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira

  yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS  itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh  menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para  pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak  akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut  mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan  dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan  dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket  orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah,  malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!
Itu  dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid  Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu,  Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang  langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti  PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan  bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan  buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila  mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman  Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli  Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas  kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut!  Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!
Kitsiang  turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the  line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt,  memang dalam hati  dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni  kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal  dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu,  Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang  paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan  Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali  terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan  sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali  terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.
Dan  yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS  itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa  Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan  Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini  mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan  penjelasan.
Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya

  ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh  jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan  Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi  Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum  murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna  kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau  melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!
Begitulah  nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata  negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah  ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional,  kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll  dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS.  Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator  Forum Perdana Ehwal  Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan  Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!
Teman cukup  yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak  tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada  jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak  menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan  Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang  sekarang diterajang!
Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa  ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak  Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu  rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga  jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja  disuruh mintak ma'af,  malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang  dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam  sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus  yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa  dan habuan ke Putrajaya!
Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir  zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah  melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada  Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api  yang membakar".
Teman seru kepada semua umat Islam dan yang  ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh  barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk  termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan  Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual  agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak  memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi  la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!
Kepada  YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan  Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan  habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai  PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan  "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah  sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik  lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas  takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah  ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.
Oleh itu teman  berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau  memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan  aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai  yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar  cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan,  tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin,  berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!
Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011