Powered by Blogger.

Tuesday, 9 August 2011

Murtad; Tawaran HIngga RM60,000 Seorang




Memang tindakan JAIS untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church, DUMC adalah satu tindakan yang tepat demi menjaga kesucian agama Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mana orang berbuka puasa jam 10.3o malam di gereja? Mengapa PAS masih lagi hendak berdolah dalih dalam isu ini serta mempertahankan pihak gereja?

Bukankah PAS adalah Parti Islam Semalaysia? Bagaimana sebuah parti yang memakai nama Islam boleh mempertahankan tindakan untuk memurtadkan orang sebegini? Kalau ada orang Islam lain tidak memangkah parti mereka, mereka hukum sebagai kafir dan berdosa masuk neraka. Namun dengan perkara yang sepatutnya mereka pertahankan mereka sudah hilang prinsip. Semuanya kerana enak dalam pelukan kuasa DAP dan PKR. Baik buang sahaja nama Islam dari PAS.

Read more...

Sunday, 7 August 2011

Sanggup gadai maruah Islam

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.
Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.
“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.
“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.
Menurut Mohd. Jurit, GNM menyokong penuh tindakan JAIS kerana jabatan itu menjalankan tugas yang diamanahkan demi menjaga kepentingan agama Islam.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Jamaludin Yusof menggesa Abdul Khalid berundur daripada jawatannya jika tidak mampu mempertahankan kesucian Islam akibat tekanan segelintir Exco yang berkepentingan di Selangor.
Katanya, ini bagi memastikan para penganut Islam di negeri itu tidak terdedah dengan risiko murtad akibat pujuk rayu gereja dan dakyah sesetengah pihak berkepentingan.
Katanya, Pekida memandang serius perkembangan itu kerana kesucian Islam dan para penganutnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dalam isu kesucian Islam dan penganutnya serta berundur jika tidak mampu lagi memeliharanya.
“Pekida sentiasa menghormati para penganut agama lain tetapi janganlah pula mereka mengambil kesempatan memurtadkan umat Islam kerana ia salah dari sisi undang-undang,” tegasnya.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang seperti memihak kepada pihak gereja berkenaan walaupun belum meneliti laporan lengkap JAIS.
Katanya, Abdul Khalid sepatutnya bersikap telus dengan meneliti laporan kedua-dua pihak terlebih dahulu iaitu JAIS dan gereja berkenaan sebelum menyatakan rasa kekesalan.

Read more...

Bila Ada puak yang Melalak...unsur pengajaran di ketepikan...

Read more...

Saturday, 6 August 2011

KAMI DIBERI BIBLE VERSI MELAYU

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Menurut penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali tindakan JAIS adalah berpandukan kepada maklumat yang mereka terima dalam majlis tersebut terdapat kehadiran beberapa orang yang beragama islam...

Sudah terang lagi bersuluh..! Proses untuk menghancurkan umat islam sedang menular dan bergerak dalam negara kita. Sayang seribu kali sayang.., kerja jahat terkutuk seperti ini masih mahu dilindungi oleh juak juak murahan PAS.

Betapa bengong dan bangangnya Khalid Samad yang mempersoalkan kunjungan Perdana Menteri ke Vatican City bertemu dengan Pope. Menurut pemikiran separuh masak dan tidak siuman Khalid, beliau bertanya “kalau Najib boleh masuk ke gereja di Vatican, kenapa JAIS mahu serbu gereja disini..?”

Astagfirullaah..., kenapalah hitam sangat hati makhluk bernama Khalid Samad..?

Kenapa beliau TAK boleh berfikir secara waras..? Tidakkah jauh bezanya situasi diantara kunjungan rasmi dan menyertai sesuatu upacara sembahyang keagamaan..?

Serbuan JAIS membuktikan seramai 12 umat islam sedang diberikan pendidikan menerusi Bible versi melayu.. Sudah pasti keadaan ini tak sama langsung dengan kunjungan Datuk Seri Najib bertemu Pope di Vatican City.

Tindakan JAIS semata mata mahu membenteras gejala MURTAD! Khalid Samad terlupa untuk semak dalam hukum agama Islam, apakah hukuman sewajarnya kepada umat islam yang Murtad...

Inilah bahananya apabila PAS melacurkan agama dan tambah parah lagi apabila pucuk pimpinan PAS sudah menjulang Ambiga sebagai IMAM mereka..! Lupakah mereka bahawa Ambiga adalah IBU kepada kes Lina Joy yang murtad..??

Matlamat Menghalalkan Cara..! Pimpinan PAS sudah mula menyundalkan diri mereka dan melacurkan agama islam semenjak mereka mula berpeluk pelukan dan berkulum kulum lidah dengan Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng dan lain lain pimpinan DAP...

Demi kuasa.., pimpinan PAS rela menjadi tukang basuh berak Ambiga, Kit Siang...

Apa yang hendak kita hairankan dengan situasi seperti ini berlaku? Kekeliruan dalam isu serbuan gereja seharusnya tidak memeranjatkan kita semua...

Islam cara PAS selepas bulan Mac 2008 bukanlah islam yang sebenar! Islam cara PAS sekarang ini perlu mendapat kelulusan dan persetujuan Ambiga, Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng, Teresa Kok dan lain lain lagi...

Read more...

GENGGAM BARA API!

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

Read more...

Wednesday, 3 August 2011

Khalid Gagap, Teresa Kok and Ronnie The Don..!!!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP