Powered by Blogger.

Thursday, 14 March 2013

Tian Chua : Dakwaan Terhadapnya Bermotifkan Politik.... Lagi Tunjuk Angkuh dan Sombongnya



KUALA LUMPUR 14 Mac - Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan dakwaan yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik dan ada agenda jahat untuk mencemar imej pakatan pembangkang.Menurutnya, kes ini tercetus akibat media  UMNO dan Barisan Nasional memutarbelit kenyataan yang disiarkan di akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)), Keadilan Daily.

"Saya telah membuat beberapa kali penjelasan bahawa saya tidak pernah sekali pun mengeluarkan sebarang kenyataan yang menghina atau memperlekehkan peranan pasukan keselamatan.""Ini semua agenda yang telah disusun menjelang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) akan datang kerana terpaksa memainkan isu ini untuk sekali lagi bagi mengalih pandangan rakyat daripada pencapaian yang sangat lemah." katanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Beliau yang menghadapi pertuduhan dibawah Seksyen 4 (1) b Akta Hasutan 1948 diwakili oleh peguam Latheefa Koya dan N Surendran bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat dan meminta supaya dibicarakan.
Tian Chua menghadapi empat pertuduhan tuduhan dengan mendakwa insiden serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat serta menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO.

Di samping itu beliau turut menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan kejadian pencerobohan adalah  konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Tegas Tian Chua, sebarang kenyataan tidak tepat yang dimainkan oleh media dan blogger akan dikenakan tindakan saman.

"Selepas ini mungkin ada media mungkin akan menyentuh isu menghina mahkamah kerana mahkamah belum lagi membuktikan apa-apa kesalahan.""Berita-berita fitnah yang telah disiarkan oleh blogger-blogger saya akan meneruskan saman terhadap mereka serta kepada mana-mana pemimpin kerajaan yang menuduh saya mereka juga akan saya ambil tindakan undang-undang," tegas beliau.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataanya yang disalah ertikan oleh Keadilan Daily, Tian Chua menjelaskan akhbar tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak melakukan fitnah."Saya tidak nampak ada masalah dengan Keadilan Daily, saya juga tidak menuduh portal itu melakukan fitnah terhadap saya."

"Kini saya akan memantau mana-mana laman sosial dan melihat siapa-siapa yang akan mengeluarkan kenyataan." ujarnya lagiDalam pada itu, peguamnya N Surendran menjelaskan Akta Hasutan yang dikenakan keatas Tian Chua hanya boleh dikenakan sekiranya menghasut untuk melawan kerajaan tetapi ianya digunakan untuk oleh Jabatan Peguam Negara dan Polis dengan mendakwa Tian Chua menghina UMNO.Surendran turut mendakwa kerajaan tidak mengamalkan sistem demokrasi kerana tidak menerima kritikan dari pihak pembangkang dan janji untuk menghapuskan Akta Hasutan sebelum ini juga tidak ditunaikan.Katanya lagi, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dirakam kenyataannya oleh Polis sebelum ini turut menunjukkan terdapat konspirasi untuk mengaitkan pakatan tersebut dengan insiden di Lahad Datu.

Read more...

Tuesday, 31 July 2012

Lajim..oh Lajim...


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP