Powered by Blogger.

Sunday 10 July 2011

NAJIB DEDAH SKANDAL ANWAR DAN MAT SABU!!

Posted: Jul 10, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Najib Tun Razak, PAKATAN RAKYAT, UMNO
13

Ini baru dinamakan Perhimpunan. Bukan seperti Anwar dan kuncu2 nya yang menggunakan risiko setiap individu rakyat Malaysia untuk mengejar kuasa. Berderau 1 badan Najib menggunakan bisa yang sekian lama disimpan berucap dengan aura yang luar biasa. Dewan PWTC penuh dihadiri hampir kesemua NGO Melayu, terpukau mendengar ucapan beliau. Habis semua Najib balas. Satu Persatu. Paling tak tahan Mat Sabu turut dibongkar Najib. "Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya (bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara( masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2. Perangai hudoh ini tak berubah dari dulu sampai sekarang...dia lah dalang sebesar-besarnya. Ambiga...siapa Ambiga....kononnya hari ini badan menegakan demokrasi pilihanraya yang Bersih. Yang dok tuding jari kat kita ni bersih sangat ke orang tu...timbalan dia siapa..Mat Sabu sanggup duduk bawah Ambiga..Mat Sabu ni duduk bawah siapa pun tak apa...apa bilik no berapa (merujuk kepada tuduhan kes khalwat Mat Sabu di sebuah hotel di Kota Bharu dulu)." Haaaa.. Terkena bukan 1 peluru. Kalau terkena dekat badan hancur. Anwar? Huh. Bagi Najib Anwar ini bukan beliau kenali sehari 2. Inilah bekas bos beliau masa memegang portfolio Naib Ketua Pemuda dahulu. Inilah rakan seNaib Presiden 1 ketika dahulu. Jika hendak dibogelkan, Hospital Tanjung Rambutan Anwar akan dihantar kelak. Tapi Najib dikatakan ada membongkar kisah Seks Anwar. Off record katanya. Apa dia? Klik 'read more' seperti yang tertera di bawah artikel ini.






“Banyak tak terjawab lagi...jam Omega ( video seks) tak terjawab...nafi seribu kali nafi..pakar forensik terkemuka di dunia kata 99.99 persen...eh..dia kata bukan saya...kerana apa..kerana perut.

“Forensik ni dia bukan ukur perut aje ( katanya disambut gelak ketawa hadirin)...macam-macam...profesor di Amerika tak betul...dengan Saiful pun nafi...

“Saya pun ada pembantu-pembantu tapi kalau nak berunding dengan pembantu berundinglah di pejabat...mengapa nak berunding di sebuah kondominium...apa nama rundingan ini

“Saya bawa Saiful keluar negeri..sebab dia teaboy...orang lain tak boleh buat tea ke...apa keistimewaan tea yang Saiful buat...

“Macam-macam dulu ( masa dalam penjara) kata saya akan kena arsenic poisioning...tak cukup dengan racun arsenic...nak kena injection HIV...semuanya kita ni buruk...sedasyat-dasyat orang ni kerajaanlah...dari dulu sampai sekarang...semuanya buruik kita...dialah manusia sebaik-baiknya...anugerah Tuhan.

“ Inilah manusia yang sebabkan kita hadapi masalah semalam ( demo Bersih)..masalah orang yang hendak sangat menjadi Perdana Menteri...sanggupkan korbankan segala prinsip...ketepikan agama dan bangsa...asalkan akulah Perdana Menteri

“Dulu maki PAS bukan main..kata bodohnya PAS ...saya ingat lagi..PAS tak ada otak...ini dia pakai...tak boleh fikir PAS ni...Kit Siang dia bantai masa jadi Ketua Pemuda UMNO...sekarang ni oh my friend..semua orang dia peluk.

“Inilah angkara yang berlaku kerana nafsu nak jadi Perdana Menteri,”katanya.

Perdana Menteri menilai Anwar gabra bila melihat BN menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk pilihanraya negeri Sarawak.

“Dia tengok..ini tak boleh jadi ni..kalau macam ni UMNO menang dengan pelan transformasi kita...rakyat dah terima dengan konsep 1Malaysia..dasar nak berlaku adil kepada semua kaum...agenda Melayu kita teruskan...dia tahu kalau tak berbuat sesuatu InsyAllah kita menang dalam PRU 13 nanti.

“Dia pun tahu inilah the last chance for him..bila orang tahu inilah peluang terakhir...dia akan buat segala-galanya...yang baik jadi tak baik...kerana apa...kerana matlamat menghalalkan cara...matlamat dia nak jadi Perdana Menteri menghalalkan cara,”katanya.

Dalam usaha menghadapi ancaman seumpama ini Najib meminta UMNO agar tidak sangsi kekuatan yang ada pada parti.

Beliau menegaskan UMNO sendiri ada ahli 3 juta yang bila-bila masa boleh saingi himpunan Bersih yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang di Kuala Lumpur semalam.

Katanya tak payah 3 juta...satu juta cukup untuk ‘ tawan’ Kuala Lumpur.

Menurut beliau bukan sahaja UMNO..tetapi campur pelbagai pertubuhan yang sokong kerajaan seperti yang ramai hadir pada majlis itu.

Beliau memberi contoh persatuan seni silat gayong dan lincah.

“Pendekar-pendekar kita turun...tak masuk NGO-NGO lain lagi,”ujarnya.

Apapun kata Perdana Menteri UMNO tidak sekali-kali akan mulakan budaya demonstrasi jalanan.

“Jangan ..kita boleh lawan...semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun...itu baru sikit saja kita turun angkatan kita...kalau kita nak buat porak peranda kita boleh..tapi kita yang berhimpun ni ...kita menjunjung prinsip undang-undang negara.

“Kita tak suka pada huru hara...kami suka pada keamanan..kami suka pada negara dimana rakyat hidup dalam harmoni...kita mahu masa depan kita lebih baik dari hari ini..ini sebab kita berhimpun hari ini...bukan kita nak tunjuk kekerasan pada mana-mana pihak..tapi kita nak tunjuk kekuatan kita...ada orang kata inilah silent majority...jadi jangan sesiapa nak timbulkan huru hara dalam negara.
“Nak kata demokrasi...UMNOlah pejuang demokrasi dari awal,”kata Perdana Menteri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP