Powered by Blogger.

Wednesday 27 April 2011

Kit Siang: Diktator fasis dan rasis DAP

Bapa kepada Ketua Menteri paling Rasis iaitu Lim Kit Siang dikatakan bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti DAP di Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang itu tidak ubah seperti apa yang dibuat oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut.

Lim Kit Siang juga akan terus mempergunakan dan memperbodohkan PAS dan PKR bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi keuntungan kepada DAP dari segi kuasa.

Bukan sahaja orang Melayu diperbodohkan oleh Lim Kit Siang, malah orang cina juga diperbodohkan olehnya jika perlu supaya dengan tindakannya dapat memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

Untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarganya Lim Kit Siang dikatakan akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum cina.

Lim Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

Adakah dengan membawa untuk orang cina ini tidak cukup rasis lagi seperti mereka menuduh UMNO dan Utusan Malaysia???

Harap-harap lepas ni orang-orang melayu yang mana taksub dengan pemimpin DAP yang kononnya boleh membawa perubahan pada orang melayu disarankan berfikir dua kali.....

Jangan dah terlambat baru nak menyesal ... dan orang cina Pulau Pinang tak kan nak tunggu lagi biarkan pemimpin buangan dari Melaka berkuasa di Pulau Pinang ....

JOM UBAH!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP